Wednesday, December 9, 2009

Who's Our JODOH?



Bagaikan ada banyak persamaan bahkan kadang-kala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda.Di saat bersedih, dia yang menghulurkan tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan.
.
Ketika musibah melanda,dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.
.
Jodoh adalah perkara yang sudah sitetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.
.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pati memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya.Apabila bersama,masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
.
Lalu gerak hati mengatakan, DIALAH insan yang ditakdirkan untuk bersama.Benarkah ia seperti yang diperkatakan?Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah JODOH kita!!!!!
.
BERSAHAJA
Si DIA bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan PELIK?!!!
Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah die memang pelakon handalan. Kadang-kadang kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat. dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan JODOH anda.
.
TERIMA ANDA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah dilalui. dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, SIAPA ANDA SEKARANG!!!. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup anda...:)))))
.
SALING MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.
Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya????..Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul daripada hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cintasejati adalah melalui KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
.
MEMAHAMI DIRI ANDA
Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu [HELPER!!!...:))))))].Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ADA untuk anda.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. kata orang, lidah sendiri lagikan tergigit,inikan pula suami isteri. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan KEKASIH.
.
TAMPILKAN KELEMAHAN
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.
Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih, malah dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.
.
MIMPI
Mimpi memang mainan tidur tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah (for MUSLIM) dan memohon supaya TUHAN memberikan petunjuk, INSYA-ALLAH dengan izin-NYA, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini bagi mendapatkan kebahagian hidup di dunia. INGATLAH nikmat di dunia ini hanya SEMENTARA. Nikmat di AKHIRAT kekal selamanya~...
.
KATA HATI
Kadangkala manusia dikurniakan TUHAN deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untu ANDA?!!!. DENGAR KATA HATI DAN BUAT PILIHAN.Serahkan segalanya pada ketentuan YANG MAHA KUASA.
.
ON3NI3ISME says apa-apapun saya kena tabah dan kuat.Fikirkan yang terbaik untuk hidup saya.Ya mungkin dulu saya buta tentang cinta dan hidup tetapi sekarang saya dah tahu apa itu cinta jika ianya hanya adore kepada fizikal semata-mata dan bukan hati dan keikhlasan untuk sesuatu relationship itu..Mungkin harini..esok atau lusa atau akan datang..saya akan menemui MR.RIGHT saya yang boleh membimbing saya untuk terus hidup di landasan yang betul dan diredhai Allah atas MUKABUMI ini dan juga MUKABUKU(hee~...)...Experiences make me learn..it's a learning process to make me become HUMAN BEING....:))))..Saya mungkin rhendu DIA tetapi tak mengapalah...saya akan SAYANG diri saya dulu..rhendu datang dan pergi..tapi saya tetap disini have to improve life...to become more better than NOW...Amin..:))))

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails